Skip to main content
TUAN GURU HAJI SALLEH PERMATA NEGERI KEDAH

Tuan Guru Haji Salleh Hj Musa, Permata Kedah. Ini kisah beliau dalam dunia politik. Ketika muda dulu pada tahun 2008 (pilihanraya ke-12), saya ( Ibnu Fathani) sempat mengikuti tuan guru berkempen. Banyak peristiwa menarik yang berlaku. Sebelum itu , saya cerita dulu peristiwa 2004 iaitu ketika PRU 11 berlangsung, Tuan Guru Haji Salleh menjamah selera dengan pimpinan Kedah , sewaktu beliau makan , pingan beliau yang bulat itu tiba-tiba terbelah. Terdiam Tuan Guru, lalu beliau awal-awal memberi pesanan dan kata-kata semangat kepada pimpinan, beliau berkata kita kalah , dan bersabarlah.... Ketika itu keputusan pilihan raya belum diumukan, ternyata benar. Allah..... namun berkat dan solehnya insan yang bernama Tuan Guru Hj Salleh pada masa PRU 12 pula, saya dan Ustz Helmi Assyafie sempat berkempen dengan Tuan Guru. Dengan menaiki van sahaja, pada satu masa, ketika Tuan Guru makan, Tuan Guru terdiam lepastu Tuan Guru pesan "Malam ni tidur awal, solat sujud syukur ya". kata Tuan Guru ... Ustaz Helmi bertanya kepada Tok Guru, kemudian Tok Guru berkata "Ada benda jatuh dalam pingan aku , dan Insyallah kita menang".... ALLLAHuakbar....... Selepas diumumkan ternyata PAS mengambil alih kerajaan Negeri Kedah.. Malam itu menjadi saksi, bahawa telah berderai air mata insan-insan tua yang menunggu saat ajal datang masih sempat melihat kemenangan.... Para pimpinan kawasan serbu ke rumah Tok Guru, kerana terlalu gembira , malam tu jua jadi saksi titisan air mata Tuan Guru Haji Salleh. Betapa insan yang rapat dengan Allah , jangan dipandang sebelah mata. Malam tadi , beliau memimpin solat hajat , entah-entahlah dalam celahan ribuan orang betapa adanya di antara mereka, kita tidak tahu hubungan mereka dengan Allah.. Hebat Allah rahsiakan kewalian kekasihnya di kalangan orang awam. -Sekadar berkongsi- "" diambil dari coretan seorang insan yang bernama Ibnu Fathani"".......
Comments
Post a Comment