ohhh... baru tahu.....

LEPAS SEKSA KUBUR JIKA MATI PENYAKIT PERUT, MALAM JUMAAT DAN HARI JUMAAT


Didalam sunan Ibnu Majjah daripada hadis Abu Hurairah r.a. dirafakkannya kepada rasullullah s.a.w. sesiapa yng mati disebabkan sakit perut, dia mati syahid dan terlepas dari fitnah kubur ,serta mandapat rezkinya dari syurga. Manakala dalam sunan At-Tarmidzi , tertera sebuah hadis daripada Rabi"ah bin Saif darpada Abdullah bin Amru katanya , Rasulullah bersabda " tiada seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau malam Jumaat , melainkan dia dilindungi dari fitnah kubur....






TIDAK BERDEHEM SELEPAS BUANG AIR KECIL


Terdapat pelbagai pandangan mengenainya. Bagaimanapun, berdehem berdehem selepas membuang air kecil menurut Ibnu Taimiyah r.a. bukanlah wajib dan tidak juga mustahab menurut imam-imam muslimin ( Majmu' al-Fataawa 13/106). Namun beberapa kalangan ulama dari imam Syafie menggalakkan perbuatan ini. Menurut Imam Nawawi r.a. di dalam Majmu' Sharh Muhazzab, menjelaskan mengenai beberapa ulama di kalangan mazhab Syafie mengatakan " adalah Mustahab (digalakkan ) bersabar selepas berinstinjak, mengurut zakar sambil berdehem." Pun begitu, Imam Nawawi r.a. mempunyai pilihan menarik tentang cara berdehem yang matlamat utamanya ialah untuk menghilangkan  kekhuatiran sekiranya ada saki baki najis dari air kencing. Terdapat cara tertentu mengenainya dan ia terpulang kepada individu. Antaranya, ada yang berdehem beberapa kali, ada yang bejalan sambil melangkah, dan ada juga yang hanya bersabar sekejab sahaja serta ada yang tidak perlu melakukan apa-apa. Yang penting mereka ini tidak terkena was...


HUKUM BEJUAL BELI SELEPAS AZAN JUMAAT.


Terdapat pelbagai pandangan mengenai perkara ini. Antaranya apakah yang dimaksudkan dengan azan sama ada azan pertama atau azan kedua. Bagaimanapun perintah untuk meninggalkan jual beli itu jelas dalam firman Allah di dalam Surah Al-Jumaah ayat 9 yang bermaksud " Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah dan tinggallah jual beli. yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui". Bagi menjawab persoalan ini, diringkaskan dari pelbagai pandangan mazhab, imam Ibnu Kathir Al-Syafie menyebut . Ulama sepakat berkenaan peharaman juangl beli selepas azan yang ke-2 ( tafsir Ibnu Kathir, 4/367) . perlu dijelaskan , pengharaman itu hanya berlaku keatas kaum lelaki sahaja yang diwajibkan dengan perintah solat jumaat dan bukan ke atas kaum wanita.bagaiman pula dengan akad jual beli tersebut? sah atua tidak? terdapat 2 pandangan.Pandangan yang per-1menyatakan,akad jual beli itu sah  dan dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli sahaja. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi , Syafie dan sebahagian Maliki. Manakala pendapat ke-2 menyatakan akad tersebut batal dan berdosa.Ia adalah pendapat dari mazhab Hanbali dan mejoriti Maliki. Punbegitu, pendapat pertama dilihat lebih kukuh kerana rukun dan syarat jual beli telah pun dipenuhi tetapi ia melanggar waktu jualan yang diharamkan. Jesteru it, penjual dan pembeli hanya menaggung dosa tanpa membabitkan pembatalan akad jual beli..

Comments

Popular Posts