KHASIAT HERBA

  1.  Rosel banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika dan subtropika seperti di Afrika, India dan Asia termasuk Malaysia.
  2. Kini terdapat lebih dari 300 spesies tanaman rosel di seluruh dunia.
  3.  Pokok ini boleh mencapai ketinggian lebih kurang 2 m dengan dahannya yang tumbuh menegak di peringkat awal dan melentur rebah apabila banyak buah. Batang, dahan serta tangkainya berwarna merah. Daunnya pula berwarna hijau dan berbentuk tapak tangan dengan tiga cuping yang meruncing ke hujung. Bunga rosel keluar di setiap sendi daun, berwarna kuning muda dan merah jambu manakala lengainya berwarna merah gelap dan berbentuk bujur.


Khasiat dan Kegunaan : Kaliks atau kelopak buah rosel yang berwarna merah kaya dengan vitamin A dan C serta zat mineral. Dengan menjadikannya sebagai teh ubatan, herba ini dapat membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi di samping memberi kesan awet muda. Kaliksnya boleh diproses menjadi jem, halwa, jeli, jeruk dan juga pewarna makanan. Pemprosesan biji rosel boleh dijadikan bahan kosmetik sementara kulitnya pula boleh dibuat tali.



  1.                                 Nama Botani : Morinda citrifolia Linn.
Nama lain : Noni, Indian mulberry, Painkiller (Inggeris),  Pace, Cangkudu (Indonesia), Yo ban (Thai), Nhau (Vietnameses)
Famili : Rubiaceae



Pengenalan :

  1.  
  2. Mengkudu ialah tanaman bersifat saka berasal dari Asia, Australia dan kepulauan Pasifik. Ia telah hidup secara liar berabad-abad lamanya di negara kita dan kurang mendapat perhatian semasa itu. 
  3. Kebanyakannya terdapat dikawasan pinggir hutan dan berdekatan dengan perparitan dan sungai. Tanaman ini mempunyai batang pokok yang lurus, berdaun lebar, bunga berwarna putih, buah berbentuk bujur dan bertukar dari hijau ke putih kekuningan apabila matang. 
  4. Buah yang masak mempunyai bau yang kurang menyenangkan.  Ketinggian pokok boleh mencapai lebih kurang 10 m. Dua spesies tanaman mengkudu yang biasa terdapat di negara ini ialah
  5.  Morinda citrifolia (mengkudu besar atau mengkudu laut) dan Morinda elliptica(mengkudu kecil atau mengkudu hutan). Terdapat variasi yang ketara dari segi saiz dan bentuk buah.
Khasiat dan Kegunaan

  •  
  •  Mengkudu digunakan sejak turun-temurun dalam perubatan tradisional terutama di kalangan masyarakat Melayu.
  •  ‘Penemuan semula’ dan minat masyarakat umum  terhadap tanaman ‘ajaib’ ini bermula pada penghujung 1998 selepas penemuan saintifik tentang bahan aktif serta fungsinya oleh seorang ahli biokimia dari Universiti Hawaii.
  •  Satu bancian yang dijalankan di Amerika Syarikat melaporkan sebanyak 22 jenis masalah kesihatan telah dapat dibantu dengan pengambilan mengkudu.
  •  Antaranya ialah kanser, kencing manis, darah tinggi, tulang, jantung, kemurungan, pernafasan, penghadaman dan buah pinggang. Mengkudu juga boleh dibangunkan ke produk kumpulan makanan seperti makanan kesihatan/tambahan, tonik, minuman dan perubatan tradisional dan barangan bukan makanan seperti kosmetik, penjagaan/kesihatan diri dan  biopesticid.



 Nama Botani : Citrus hystrix DC.
Nama Lain : Limau purut (Melayu), Jerut Purut (Indonesia), Bai makrut (Thailand), Keiffer lime; Kafir lime (Inggeris)
Famili : Rutaceae 

  1.   Tanaman saka ini berasal dari Asia dan telah ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
  2.  Habitatnya ialah di kawasan subur yang bersaliran baik dan banyak ditanam disekitar rumah sahaja. 
  3. Kulit buah limau purut adalah berkedut, tebal, dan isinya tidak berapa berair. Tumbesaran  pokok adalah perlahan berbanding dengan spesies limau lain.
  4.  Ketinggiannya boleh mencapai sehingga 30 m. Daunnya yang bersayap memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung.



Khasiat dan Kegunaan 
  1.  Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap.
  2. Berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat.
  3.  Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka,  lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.




Nama Botani : Tacca Cristata
Nama Lain : Belimbing Tanah, Janggut Adam, Janggut Baung, Kelemoyang Air, Sebiak
Famili : Taccaceae
  1. Belimbing tanah adalah sejenis pokok herba yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1 m.
  2. Daun atau pelepahnya agak besar, panjang, berbentuk bujur telur (‘ovate’) dan bewarna hijau tua. Permukaan daun tidak rata (berkedut).
  3. Bunganya juga besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm.
  4. Tumbuhan ini tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit.


Khasiat dan Kegunaan  
  1. Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu.
  2.  Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok selayar hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daunya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.




Nama Tempatan: Delima
Nama Saintifik: Punica granatum
Nama Lain: pomegranate,Rumman,rumien, rimmon
Famili: Lythraceae
Lokasi dijumpai:
Asal: Iran , Himalaya, Utara india

  1. Delima merupakan sejenis buah-buahan yang berasal dari Iran, Himalaya. Ia telah lama ditanam di kawasan medditerranean sebagai antara buah-buahan utama.
  2. Ia kemudiannya tersebar dan ditanam di kawasan-kawasan lain seperti Algeria, azerbaijan, Turki dan sesetengah kawasan yang kering di Asia tenggara seperti Semenanjung Malaysia.Delima juga ditanama di Amerika syarikat terutamanya di Kawasan seperti California dan Arizona untuk dijadikan jus.
  3. Dalam industri makanan delima dikategorikan dalam kumpulan buah eksotik dan antara sumber makanan yang mempunyai banyak khasiat.Pentingnya delima sebagai sumber makanan terbukti apabila delima di sebut di dalam Kitab Suci Al-Quran sebanyak 3 kali.Pada Zaman nabi Musa delima di tanama di Syria, Palestin dan Lubnan.
  4. daun delima berukuran antara 3-7 cm panjang dan 1.3 cm lebar. Daunnya mempunyai permukaan yang berkilat dan berbentuk oblong.
  5. Bunga delima berwarna merah terang, ada sesetengah varieti yang mempunyai bunga oren terang terutamanya sepesies delima katik atau kerdil( dwarft pomergranate) atau nama saintifiknya punica granatum nana.
  6. Delima katik amat sesuai dijadikan tumbuhan hiasan dalam pasu dan juga bonsai.Dalam bahasa inggeris delima di panggil pomegranate yang berasal dari perkataan lain iaitu POMUM yang bermakasud epal dan GRANATUS yang bermaksud biji.
  7. Sesuai dengan namanya buah delima mempunyai warna yang hampir menyerupai warna epal dengan bahagian dalam buahnya yang penuh dengan biji.


kegunaan

  • Delima yang kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. 
  • Khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung, Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung.
  • Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut,membantu melegakan cirit birit, disentri,serta mengurangkan tekanan darah tinggi.
  •  Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang diambil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.
  • Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata,selain daripada buahnya bunga delima juga digunakan untuk merawat penyakit.
  • Selain daripada itu bunganya yang berwarna merah terang itu juga merupakan sumber untuk pewarna semulajadi.
  • Buah delima boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus.
  • Delima juga banyak digunakan dalam masakan seperti dijadikan sup, Ia juga digunakan sebagai pengganti tomato di dalam masakan terutamanya bagi masyarakat timur tengah.
  • Bji yang diasingkan dari isinya dan kemudiannya dikeringkan dijadikan bahan untuk menambahkan rasa masam pada chutni dan kari.Di turki sos delima juga jadikan sos untuk salad dan juga untuk memerap daging sebelum dimasak.

Nama Tempatan: Manggis
Nama Saintifik: Garcinia Mangostana L.
Nama Lain: Mangosteen, Mangostan(Perancis),Manggis, mangustan,sta
Famili: Clusiaceae
Lokasi dijumpai: Tumpat kelantan
Asal: Malaysia

  1. Sejenis buah-buahan tropika yang merupakan tumbuhan asal dari Malaysia.
  2. Manggis merupakan sejenis pokok yang boleh mencapai ketinggian hingga 8 meter dan merupakan sejenis pokok rendang dengan ranting yang banyak dan daun yang besar serta 
  3. bahagian dalam batang mengandungi resin yang berwarna kuning pekat.
  4. Daunnya berbentuk ringkas dengan tangkai daun sepanjang 1-2 cm.daunnya bersaiz 6.5-9.5 cm X 3.5-5.5 cm.
  5. Bunganya mempunyai 4 kelopak dan lazimnya berwarna merah jambu pucat.Buahnya berwarna hijau kekuningan ketika muda dan berubah menjadi magenta (ungu ) apabila masak.
  6. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang


kegunaan
  • Kulit buah manggis digunakan dalam perubatan melayu tradisional untuk mengubati cirit birit. Caranya ialah kulitnya diasah pada pasu dan airnya diminum.
  • Air rebusan akar manggis juga digunakan untuk melancarkan haid.getahnya digunakan untuk melegakan sembelit, tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah serta boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak.
  • Daunnya juga digunakan dalam masakan,iaitu untuk mempercepatkan daging lembu untuk lembut.



Nama Tempatan:    Anggur
Nama Saintifik:    Vitis Vinifera
Nama Lain: Grape
Famili: viticeae
Lokasi dijumpai Asal: Kawasan Medditerranean

keterangan
  1. Anggur merupakan sejenis tumbuhan yang menjalar dan mempunyai batang berkayu.
  2. Tergolong dalam keluarga vitaceae anggur mempunyai lebih kurang 8000 varieti yang ditanam seluruh dunia.
  3. Buah anggur tumbuh dalam gugusan yang boleh mengandungi sahingga 300 buah dalam satu tangkai dalam pelbagai varieti anggur boleh dibezakan dengan warna buah Anggur yang telah masak.
  4. Buahnya terdapat dalam pelbagai warna seperti hijau, merah ungu, ungu kehitaman, keemasan, kuning kemerahan, merah jambu dan putih.
  5. Hasil dari penemuan arak yang berusia 7000 tahun di Iraq pada tahun 1996, anggur didapai telah digunakan untuk dijadikan arak semenjak zaman neolitik lagi.
  6. Buah anggur boleh dimakan secara mentah atau dijadikan jem, jus, jeli, kismis, wain, jeruk dan perisa masakan.
  7. Daunnya juga boleh digunakan untuk dijadikan teh dan dolma.dolma merupakan sejenis makanan berasaskan sayuran.
  8. Daun anggur digunakan sebagai pembungkus sayur-sayuran lain yang dijadikan inti.Antara resepi dolma ialah:
  9. Dolma daun anggur



CARA MEMBUAT DOLMA

bahan-bahan:
1. beberapa helai daun anggur
2. 1 1/2 cawan beras
3. 2 sudu makan tomato puri
4. 2 biji bawang besar dicincang halus
5. 2 sudu makan kismis
6. 2 sudu makan kacang pine atau badam atau gajus
7. 1 sudu makan serbuk kayu manis
8. I sudu makan serbuk allspice
9. 1 sudu makan serbuk mint
10. 1 sudu makan minyak zaitun.

Cara penyediaan:
1. tumis bawang besar dalam minyak zaitun hingga naik bau, masukkan beras, dan masukkan air panas hingga menutupinya sama seperti memasak nasi).
2. tutup dan masak dengan api yang perlahan sehingga nasi separuh masak.Lebih kurang 10 minit.
3. Tutup api, masukkan tomato puri,kismis,kacang dan semua rempah. Biarkan sejuk.
4. apabila sejuk, letak lebih kurang satu sudu makan nasi keatas daun anggur dan gulungkan. Boleh menggunakan lidi untuk mengemaskan bungkusan.
5. kukus 30 hingga 45 mini sehingga nasi betul-betul masak.
6. Dolma biasa dihidangkan sejuk. Perahkan jus lemon keatas dolma ketika dihidangkan.
daun anggur yang dipotong halus-halus dan dikeringkan boleh dijadikan teh.
anggur merupakan antara sumber yang paling baik untuk vitamin C. ia juga kaya dengan kalium. Mengandungi 80% kandungan air dan berkalori rendah.







Nama:Buah Mentega/bisbul
Nama Saintifik:Diospyros blancoi
lokasi: filipina/indonesia(Bogor)

keterangan

  1. Bisbul tumbuh dengan baik di daerah beriklim muson, pada berbagai jenis tanah sampai dengan ketinggian 800 m dpl. Di Filipina, bisbul berbuah antara Juni-September; namun di Bogor buah telah dapat dipetik antara Maret-Mei.
  2. Merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini.
  3. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.
  4. Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.
  5. Bisbul adalah nama sejenis buah beserta pohonnya sekali. Tumbuhan ini berkerabat dekat dengan kesemek dan kayu hitam.

Hasil dan kegunaan

  • Pohon ini terutama ditanam untuk buahnya, yang dapat dimakan segar atau sebagai campuran minuman dan rujak. Kayunya berkualitas baik, coklat kemerahan hingga hitam, bertekstur halus, kuat dan keras; di Filipina (dinamai kamagong) merupakan bahan kajian yang berharga dan dilindungi oleh undang-undang.
  • Karena tajuknya yang bagus, pohon bisbul juga kerap ditanam di taman-taman dan tepi jalan.







Nama:Buah Tampoi
Nama Saintifik:Baccaurea griffithii       
lokasi: Malaysia

KETERANGAN

Mempunyai rasa yang enak dan sedikit lemak dan isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.
Selain dimakan segar, saya tidak pasti adakah ia ada digunakan dalam masakan atau sebagainya

Nama:Wolfberry
Nama Saintifik:Fructus Lyeii
Nama lain: Wolfberry Barbary (Inggris) ,wolfberry Barat, duri putih, gunung wolfberry, jerawat putih pin.     
Lokasi: China


Sumber – untuk tanaman Solanaceae di Ningxia wolfberry Lycium barbarum L. buah.
Plant Morfologi – semak tebal, kadang-kadang menjadi kecil seperti pohon, tinggi hingga 25cm, ada duri. Alternatif daun tunggal atau beberapa potong telah muncul secara mendadak, panjang berbentuk oval atau persegi panjang Telur berbentuk pisau pembedah, panjang 2 ~ 3 cm, lebar 2 ~ 6mm, dan perpanjangan berikutnya dasar menjadi berbentuk baji menangani, full margin. Bunga ketiak, sering berkumpul di sebuah ~ beberapa duo memacu; tampuk cangkir; Corolla berbentuk corong, merah muda atau ungu. Berry oval, panjang 10 ~ 20mm, diameter 5 ~ 10mm, merah. Berbunga 5 September, pelangi jangka waktu 7 Oktober.
Lahir di lereng bukit, ladang tempat kering cerah. Produksi utama di Ningxia, Gansu, Qinghai, Mongolia Dalam dan Xinjiang.
Mengumpulkan dan proses – di musim panas dan musim gugur ketika buah panen itu oranye-merah, pengeringan pada kulit kali lipat lagi setelah terkena kulit kering keras, bubur lembut, menghilangkan batang.
Karakter – berbentuk oval buah, panjang 6 ~ 18mm, diameter 6 ~ 8mm. Permukaan merah terang atau merah gelap, dengan kerutan tidak teratur, sedikit mengkilap, tanda-tanda atas memiliki telepon seluler, dan sisi lain ada tanda batang. Kualitas Lembut, daging tebal, lengket, mengandung benih dari 25 ~ 50. Bibit datar berbentuk ginjal, lama untuk 2.5mm, lebar dari 2mm, berwarna khaki. Gas mikro, manis dan sedikit asam.
Komposisi kimia – mengandung betaine (detaine), zeaxanthin (zeaxanthine), asam unsur bubur merah (physalein), wolfberry polisakarida, karoten, riboflavin, niasin, vitamin C dan seterusnya.
Seksual Rasa – alam, manis.
Indikasi – bergizi hati dan ginjal, kepala cerdas. Konsumsi Dari denda untuk kerugian, pinggang dan lutut nyeri, pusing tinnitus, panas Diabetes, kekurangan darah warna kuning daun, kepala samar diketahui.






Comments

Popular Posts